
by Arinah Zainordin
Performance Marketing Specialist & Solopreneur
Read time: <5 minutes
Assalamualaikum & Hai semua 👋 - Arinah disini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir dan Batin 🙏
Tahun lepas saya ada bagi duit Raya RM30 kepada 3 random respondent.
Jadi tahun ini? Tahun ini kita ambil kesempatan dari bank digital kegemaran saya iaitu Ryt Bank. Kalau ada rezeki, boleh dapat up to RM99! Simple je caranya:
Download apps Ryt Bank dekat App Store atau Google Play
Masukkan referral code saya: GSJZL (kalau tak, tak dpt duit Raya 🥲)
Bila dah activate account > terus akan dapat duit Raya! (p/s: amount adalah random dan bukan dicontrol oleh saya 😅)
Boleh scan QR code dekat sini juga
FYI, Ryt Bank ni lebih kurang sama macam GX Bank. Kenapa saya lebih suka Ryt Bank?
Ada function AI - kita upload gambar invoice/bill, dia boleh terus buat bayaran untuk kita. Nak minta AI transfer ke bank lain pun tiada masalah.
Ada dashboard insights - dia akan auto-categories spending kita, lebih menarik berbanding MAE by Maybank.
Boleh earn sampai 4.00% interest bila kita create Pocket (macam Tabung gitew)
Untuk recap emel playbook sebelum ini: 📊 3 Level Untuk Review Ads Kita (Level 3 Masih Ramai Tak Tahu Lagi)
Dalam edisi kali ini, saya ingin kongsikan tentang eco-system marketing.
✦ DEEP DIVE: Ecosystem Marketing — Cara IMAN Bina Sistem, Bukan Sekadar Buat Konten
Kalau tanya saya apa masalah paling common bisnes kecil dalam marketing, jawapannya bukan "tak cukup budget" atau "tak tahu nak buat content apa."
Masalah sebenar: semua benda buat, tapi tiada siapa nak connectkan.
Post IG ada. TikTok ada. WhatsApp blast ada. Kadang-kadang ada jugak ads. Tapi semua jalan sendiri-sendiri — tak ada sistem yang tarik semua tu ke arah satu objective.
Itulah bezanya aktiviti marketing dengan
📍 Kisah IMAN: Dari Update Status Je, Sampai RM5 Juta Setahun
Waktu imanshoppe.com mula-mula berdiri, tak ada strategy besar-besaran pun. Kami mula pun dengan update post dekat Facebook dan Instagram. Sekali-sekala share dalam WhatsApp group kawan-kawan. Itu je.
Simple. Tapi consistent.
Dan dari situ, ecosystem dia mula terbina — satu layer demi satu layer.
Layer 1: Pilih Platform Ikut Audience, Bukan Ikut Trend
Sekarang platform dah banyak. Threads, TikTok, IG, FB, Shopee, TikTok Shop. Semua orang cakap "kena ada kat semua tempat."
Tapi kalau kita masuk semua platform serentak tanpa fokus - kita akan penat, content pun tak kemana-mana dan conversion? Zero.
Formula dia senang je: tengok dekat mana target audience kita lepak.
Threads — Millennials. Berduit, tapi sangat memilih brand. Mereka nak brand yang ada pendirian dan personality.
TikTok — Gen Z sampai Baby Boomer. Berduit, tapi nak paling murah. Price-sensitive, discovery-driven.
IG & FB — Millennials + Gen X. Berduit dan sanggup bayar — kalau produk kita kena tepat pain point dia.
Pilih 1–2 platform yang relevant dulu. Buat betul-betul. Baru expand.
Layer 2: Fasa Growing — Jangan Spend Sebelum Ada Foundation
Sebelum sales RM10,000/bulan → Minimize spend. Guna kaedah percuma.
Focus satu sales platform je (website, atau Shopee — pilih satu)
Post consistent 2x sehari — tapi jangan promote barang semata-mata. Mix in story, behind-the-scene, meme, content yang bagi value.
Optimize website untuk conversion
Guna email marketing: capture leads, hantar abandoned cart reminder, satu campaign promo sebulan.
Tujuan fasa ni: bina trust dan asset — email list, followers yang engaged, content yang evergreen.
RM10,000 → RM50,000/bulan → Baru kita boleh spend.
Ramai yang tersilap kat sini. Bila revenue mula naik, terus buka kedai, buka Shopee, buka booth, launch TikTok Shop — serentak.
Bukan salah expand. Salahnya bila kita expand tanpa ada sistem yang kukuh.
Buka channel baru tanpa ecosystem = duit kita akan terbakar dengan sangat laju.
Layer 3: Bina Sistem untuk Scale — Apa IMAN Buat Dari RM1 Juta ke RM5 Juta Setahun
No, bukan dengan tambah budget ads. Tapi fokus pada 3 benda ini:
① Build People
Saya lead marketing department selama 5 tahun — dan benda pertama yang saya buat adalah hire Social Media Executive. Satu benda yang tak boleh berhenti adalah post content di media sosial setiap hari.
Saya start hire digital marketer pun selepas imanshoppe.com dah berumur 5 tahun lebih. Saya hire content writer (kena jaga email marketing dan blog) selepas IMAN dah masuk 10 tahun.
② Build Framework
Setiap ahli marketing kena ada objective dan KPI yang jelas. Bukan "tolong buat content tau" — tapi "target engagement rate minggu ni sekian, leads dari email sekian."
Bila ada framework yang jelas dan semua orang tahu nak capai apa - kita tak perlu micromanage dah. Team kita boleh make decisions sendiri dalam kerja dia. Kita fokus pada strategy, biar dorang fokus pada execution.
③ Build Rhythm
Saya akan setup 1-on-1 dan weekly check-in dengan team saya. Buat dalam 30 minit sampai 1 jam. Tujuannya bukan nak meeting semata-mata — tapi nak identify bottleneck sebelum dia jadi masalah besar/emergency.
Rhythm yang consistent dalam team = execution yang laju dan predictable.
🔗 Ini Yang Buat Ia Jadi Ecosystem, Bukan Sekadar To-Do List
Bila kita dah ada:
Platform yang betul → audience yang betul
Content yang consistent → bina trust dan authority
Email list → kita tak fully dependent kat paid ads
Team + framework → execution dan decision making tak bergantung pada satu orang
Rhythm → bina momentum untuk expand
Semua benda ni connect kepada satu objective: bawa orang dari tak kenal → jadi buyer → jadi loyal customer → jadi advocate.
Itulah ecosystem.
Bukan berapa banyak platform kita ada. Tapi how well-connected setiap touchpoint tu dalam perjalanan customer kita.
💡 Takeaway
Kalau kita still depend 80–90% pada paid ads untuk sales, tanya diri kita: kalau esok Meta Ads kita kena ban, adakah bisnes kita masih boleh survive?
Kalau jawapan "tak sure" — ini masanya untuk mula bina ecosystem.
Start small. Stay focused. Keep consistent.
Jumpa bulan depan. — Arinah

