
by Arinah Zainordin
Performance Marketing Specialist & Solopreneur
Read time: <5 minutes
Assalamualaikum & hai semua, Arinah di sini π
Tiba-tiba je kita dah nak masuk penghujung Ramadan.
Sekejap je kan masa berlalu?
Anyway, maaf edisi kali ini lambat sikit sebab clients saya semua nak kejar sales sebelum cuti Raya ni jadi saya agak occupied sikit.
Jadi saya straight to the point je. Dalam newsletter ini, saya nak kongsikan -
3 level untuk review performance creative ads
Ready? Letβs go!
LEVEL 1: Beginner
Guna ads manager directly.
Pergi ke Ads Manager > Campaign > Tekan Reports
Pilih View ad creative performance

Nanti dia akan keluar seperti ini:

Industri: Fashion Lelaki
Jangan lupa untuk adjust calendar dahulu - boleh pilih nak 30 days ago ke 14 days ago atau 7 days ago.
Dekat sini kita boleh tick metrics apa yang kita nak tengok. Untuk creative usually saya akan tengok 5 metrics ini:
Impression: dah berapa kali iklan ini ditayangkan
Hook Rate: Berapa ramai tengok video the first 3-sec
Hold Rate: Berapa ramai tengok video lebih dari 3-sec
See more rate: Tekan βSee Moreβ dekat caption iklan
Frequency: Average number of times orang tengok iklan kita
Kenapa dia level 1? Well, dia hanya sekadar publish data semata-mata. Kalau nak present kepada boss/clients, boleh je nak guna method ni.
Tapi ramai yang stuck lepas tu nak buat apa.
LEVEL 2: Intermediate
Ini yang membezakan marketers yang baru dan yang berpengalaman.
Guna Manus AI. Ramai masih tak tahu Manus AI ini baru sahaja dibeli oleh Meta. Anggap ChatGPT/Claude tapi khas untuk Meta Ads.
Dekat Ads Manager > belah kiri akan keluar menu macam ini.
Tekan All Tools > Tekan Manus AI > Sign up dulu macam biasa

Ok, part ini agak crucial.
Dekat New Task > cari icon wayar (connect apps)
Tekan Meta Ads Manager > connect > approve semua

Nanti dia akan keluar prompt macam ni:
βReview my Meta Ads performance for the last 30 days. Identify what's working, what's wasting budget, and give me actionable next steps.β
Tunggu dalam 3-5 minit macam tu bergantung pada complexity setup ads masing-masing dan tadaaa!

Siap satu full report lengkap dengan analisa apa yang work, apa yang tak work termasuk funnel analysis bagi yang run ads e-commerce. Paling best - siap bagi apa nak buat selepas itu ikut priority.
Lah, macam tu je ke?
Kalau senang macam ni, kenapa nak hire digital marketer mahal2 kan?
LEVEL 3: Boss-Mode
This is what separate gaji digital marketer RM3k dengan RM10k.
Kalau ads spend kita lebih dari RM100k sebulan, guna ads manager dan Manus AI memang tak cukup. Satu minggu kita kena produce 5-10 creative yang baru.
Dan creative tersebut tak boleh sama macam content social media kita. It has to be very strategic.
Saya personally guna Motion untuk manage account ads yang berbeza.
Harga dia tak murah. Sebab dia bukan sekadar produce analisa seperti ini tapi:

Creative Tracking β boleh tengok performance setiap creative asset (video thumbnail, hook text, CTA) secara berasingan, bukan sekadar ad level
Creative Fatigue Alerts β dia akan flag bila sesuatu creative dah start decline SEBELUM nak spending lagi
Competitive Intelligence β boleh tengok trend creative dalam industri yang sama supaya kita tahu apa angle yang sedang work di luar sana
Cross-account view β kalau manage multiple clients, semua boleh tengok dalam satu dashboard tanpa perlu lompat-lompat antara Ads Manager
Creative Roadmap β dia bantu kita plan creative mana perlu retire, mana perlu iterate, mana perlu test baru β semua ikut data
Sebab itulah marketer yang faham tool ni boleh justify gaji RM10k ke atas.
Bukan sebab dia "rajin" atau "kreatif" semata-mata.
Tapi sebab dia tahu apa creative nak produce minggu depan, kenapa, dan berapa budget yang patut diperuntukkan β semua berdasarkan data, bukan agak-agak.
Ringkasan 3 Level:
Level | Tool | Untuk Siapa |
|---|---|---|
Beginner | Meta Ads Manager | Report basic kepada boss/client |
Intermediate | Manus AI | Analisa + next steps automatik |
Boss-Mode | Motion / Atria | Scale besar, manage multi-account |
Sebelum saya pergi...
Ramai yang tanya saya β "Arinah, macam mana nak setup creative yang betul-betul convert? Bukan sekadar cantik, tapi yang buat orang stop scroll dan beli?"
Kalau ada demand, saya nak buat sesi khas post-Raya untuk cover semua ni dari scratch.
Ambil masa 30 saat je β jawab poll ni: π
Kalau ramai berminat, saya akan announce details lepas Raya! π
Okay, tu je untuk edisi kali ni!
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya. Maaf zahir dan batin dari saya. π
Rehat dulu, tapi jangan lupa check ads performance sebelum fully off ya β Raya season ni conversion boleh jadi unpredictable.
Jumpa lepas raya!
β Arinah

