- The Marketer's Playbook by Arinah Zainordin
- Posts
- Curi 3 Cara Growth Organik Ini untuk Bisnes Kita π
Curi 3 Cara Growth Organik Ini untuk Bisnes Kita π
Gunakan strategi simple ini untuk naikkan followers dan engagement tanpa iklan berbayar.

by Arinah Zainordin
Performance Marketing Specialist & Solopreneur
Read time: <3 minutes
Assalamualaikum & Hi semua. Arinah disini π
Saya baru sahaja pulang dari sesi training Tiktok Ads dekat HQ Tiktok @ KL. Ada banyak input yang baru dan menarik, insyaAllah saya akan cuba kongsikan dapatan dalam newsletter seterusnya.
Apa yang saya boleh beritahu, setup Tiktok Ads akan berubah bermula akhir bulan ini. Tiktok akan close down manual sales campaign dan fokus all out dekat GMV Max.
TikTok Ads team spilled the secrets ππ₯
Jika anda baru di sini, salam perkenalan dan selamat datang!
Dalam setiap emel bulanan ini, saya akan kongsikan:
3 Tips Marketing/Branding
2 Contoh Iklan/Kempen Menarik
1 Perkongsian Buku, Tool, Video yang Best
Untuk recap emel playbook sebelum ini:
Hari ini saya nak kongsikan 3 strategi growth organik yang korang boleh guna terus selepas baca email ini.
Letβs go!
3 MARKETING TIPS
Komen Strategik (Comment Marketing)
Pernah tak tertengok video viral pastu bila kita buka ruangan komen, tiba-tiba ada komen oleh @lotusmalaysia atau @mydin? Nampak random tapi sebenarnya tidak.
Ini dipanggil meninggalkan komen secara strategik. Cuma jangan keliru pula dengan komen seperti, βnak belajar bahasa mandarin?β #iykyk π
Tolong jangan sekali-kali buat ya. Ingat, media sosial adalah platform untuk membina engagement dan komuniti. Jadi, treat it as such!
Luangkan 10-15 minit sehari untuk beri komen di posting orang lain dalam niche anda. Paling malas pun, boleh letak emoji π₯π₯π₯
Ini cara paling cepat untuk membina trust dan tarik orang ke profil atau laman web bisnes kita.
Posting Karusel (Carousel Posts)
Fakta menarik: posting carousel di Tiktok & Instagram peribadi saya perform better berbanding video-video saya. Ini kerana algorithm Tiktok & IG suka apabila orang engage dengan posting kita.
Cara mereka kira engagement adalah swipe, like, share, comment, watching time.
Apabila kita buat carousel (dengan hook yang menarik), pembaca akan swipe untuk baca post seterusnya.
Jadi gunakan carousel untuk untuk bawa pembaca melalui tips, tutorial atau kisah kejayaan kita. Format swipe + relatable content = improve engagement.
Ulasan Produk & Testimoni Bergambar (User-Generated Content)
Kebanyakan bisnes hanya minta testimoni dari pelanggan pada 1-2 tahun bisnes pertama sahaja. Sepatutnya aktiviti ini patut dibuat sepanjang masa.
Ini kerana behaviour dan taste pelanggan akan sentiasa berubah mengikut pengedaran masa. Kalau tak nak ketinggalan, masukkan dalam workflow kita, sebagai contoh:
Selepas pelanggan dah buat pembelian, follow up melalui Whatsapp atau emel - minta mereka tinggalkan ulasan dan testimoni selepas 5-7 hari.
Jika pelanggan ada tinggalkan ulasan yang tak memuaskan, ambil sebagai pengajaran. Balas dengan senyuman terima kasih dan perbaiki mana yang boleh. Jangan jadi defensive pula ya #iykyk π
Jika anda ada bisnes e-commerce, minta pelanggan hantar gambar atau video mereka menggunakan produk anda. Screenshot dan letak di website dan media sosial.
Jika ada ada bisnes brick & mortar, minta pelanggan tinggalkan review di Google.
p/s: Secara tak langsung, data ini semua akan diguna oleh AI apabila consumer buat research di ChatGPT/Gemini.
Achieve More With Limited Resources: 15 Small Budget Success Stories
Strategic marketing doesn't require enterprise-level spending. Our latest case studies reveal how 15 small brands achieved remarkable outcomes through creativity and smart resource allocation.
Innovative tactics that delivered exceptional ROI with minimal investment
Strategic approaches that helped small teams compete against industry giants
Data-driven techniques for maximizing impact when resources are limited
Looking for ways to stretch your marketing budget further? These 15 mini case studies show exactly how these small brands made such big waves without breaking the bank.
2 CAMPAIGN SPOTLIGHTS
1. Motherβs Day Campaign
Walaupun hari Ibu dah lepas, tapi bagus kalau kita boleh ambil contoh kempen yang berjaya - tukar kepada angle yang lain seperti hadiah untuk ibu atau isteri.
Rakam reaksi authentic mereka - this is a game changer.
2. Review-Centric Ad
Iklan yang berbentuk gambar sangat bagus untuk retargeting customer yang dah masuk website tapi masih tak membeli. Satu benda yang saya akan improve adalah tambah one-time offering macam free shipping, 20% off etc.
1 MARKETING GEMS
π² Tool // Kopipen AI - Ada kemudahan untuk bantu kita buat copywriting tanpa perlu buat/belajar PROMPT sendiri, Hanya perlu pilih objektif dan AI akan generate kan berdasarkan results yang paling ok.
πΊ Video // Nak join affiliate e-commerce ? Ini 5 benda yang saya belajar (the hard way) selepas burn RM12k buat affiliate.
πBook // The Millionaire Fastlane β Pada mulanya, saya sendiri agak skeptikal dengan tajuk buku ini. Tapi lepas tengok review Ali Abdaal, saya pun try baca. Jujurnya, memang mind-blowing. Kalau nak capai financial freedom sebelum kita tua, buku ni wajib masuk list bacaan korang!
Terima kasih baca sampai sini.
Arinah βdah masuk pertengahan bulan Mei π₯²β Zainordin
How Was Today's Newsletter?I am starving for validation. |