👻 Nak ROI Padu? Guna Struktur Iklan Ini di Meta, TikTok & Shopee

Kenapa Ramai Marketer Senyap-Senyap Guna Struktur Iklan Ini?

by Arinah Zainordin,
Performance Marketing Specialist & Solopreneur

Read time: <5 minutes

Salam wbt & Hi semua. Arinah disini.

Terkejut tak kita dah nak masuk bulan Mei? 🥲

Saya harap disebalik kesibukan dengan majlis Hari Raya, jangan lupa untuk luangkan masa untuk diri kita ok? Jangan rasa serba salah. Hidup sebagai marketers/bisnes owner ini sentiasa on-the-go.

Kalau kita tak rehat betul-betul - confirm akan burnout. Nanti susah nak jadi kreatif dan tak ada ruang untuk belajar benda baru.

Dalam edisi kali ini, saya ingin kongsikan struktur iklan yang saya sendiri guna dan test sepanjang bulan April ini - platform Meta, Tiktok dan Shopee.

Untuk recap emel playbook sebelum ini:

3 MARKETING TIPS

  1. Meta Campaign Structures

Khas untuk revenue <RM100k sebulan.

  • Meta lagi suka kalau kita guna campaign ASC+ (Advantage+ Sales Campaign) dengan set campaign goal = Purchase. Bukan traffic. Bukan engagement.

  • Asingkan creative ikut image dan video. Ini kerana kalau kita campur kedua-dua letak dalam satu campaign, Meta akan prefer push video berbanding image. Asingkan ad set seperti ini:

Setiap campaign, letak 8-10 creative assets

  • Untuk bajet, saya recommend letak RM75/sehari untuk experiment dan RM100/sehari untuk scaling campaign. Untuk scaling, aim kita adalah untuk naikkan 5%-10% setiap 3 hari.

p/s: Untuk revenue >RM100k sebulan, kena pakai struktur yang berbeza sikit. Kalau berminat, boleh reply email ini.

  1. Tiktok Campaign Structure

Khas untuk revenue <RM100k sebulan.

  • Kalau meta ada ASC+, Tiktok pula ada GMV Max. Apa bezanya? Powernya GMV Max - dia bukan sekadar tarik video-video yang kita produce sendiri tapi juga video dari affiliates juga. Dengan syarat, produk kita kena tag dalam bag kuning.

  • Setup dia pun sangat simple. Pergi ke GMV Max > Select TT Shop > Create Ads > Pilih produk > Letak budget dan target ROI. Dan GMV Max akan do the rest.

  • Ini contoh setup yang saya guna bergantung berapa banyak produk yang kita ada:

Saya rekomen untuk fokus 5-10 produk sahaja untuk setiap campaign.

p/s: Untuk optimize performance Tiktok, tak boleh bergantung pada ads semata-mata. Kena work together dengan content creator, live host dan affiliates untuk pastikan eco-system lengkap.

  1. Shopee Campaign Structure

Khas untuk revenue <RM100k sebulan.

  • Hah, Shopee pun ada GMV Max? Yes, setup Shopee ads sekarang sangat mudah. Tak perlu masukkan keyword one-by-one dah.

  • Pergi ke Shopee Ads > Product ads > set daily budget > manually select product > select GMV Max > Auto Bidding > Publish > repeat untuk next product

Jangan adjust ROAS target dalam 7 hari pertama selepas publish

  • Untuk bajet - bergantung pada margin kita. Kena aware juga Shopee ambil commission fee 4.24% + transaction fee 3.78% = around 8%. Kalau margin kita 40%, jangan kasi lebih dari 10% bila kita bahagi cost iklan dengan revenue.

  • Untuk produk, pilih 5-10 produk yang tengah trending/best-seller. Lagi bagus, kalau kita boleh sync kempen yang sama di Tiktok dan juga Meta. 

2 MARKETING GEMS

  1. Jenis creative ads yang boleh dibuat dan test di platform Meta dan Tiktok.

  1. Stress sebab asyik ulang-alik dengan designer? ChatGPT Image has totally change the creative process game.

1 SOALAN UNTUK REFLEKSI

Sebagai marketer, adakah kita sedang bina sistem yang scalable — atau sekadar 'boost post' dan berharap ada hasil?

How Was Today's Newsletter?

I am starving for validation.

Login or Subscribe to participate in polls.

Jumpa lagi di emel seterusnya.

Arinah “prepare untuk kempen Raya Haji pula” Zainordin