- The Marketer's Playbook by Arinah Zainordin
- Posts
- Q4 is here:3 tips marketing + 2 idea kempen yang boleh guna sekarang⚡
Q4 is here:3 tips marketing + 2 idea kempen yang boleh guna sekarang⚡
👉 3 marketing tips, 2 campaign ideas & 1 mindset shift untuk bulan ini

by Arinah Zainordin,
Performance Marketing Specialist & Solopreneur
Read time: ~5 minutes
Assalamualaikum & hi semua!
Lepas sebulan bercuti (pergi Umrah, recover diri, dan scroll video kucing tanpa rasa bersalah 😅) — akhirnya saya kembali ke rutin.
Satu bulan berehat ni buat saya sedar dua perkara penting:
3-hours of deep, focused work > 7-hours nampak “sibuk” bekerja
Momentum doesn’t come from speed — it comes from rhythm.
So, edisi kali ini fokus untuk bantu kita rebuild rhythm Q4 — dalam content, kerja, dan tenaga.
Untuk recap emel playbook sebelum ini:
Let’s go!
3 MARKETING TIPS
1. The 3-Type Framework for Content That Works
Ramai creator gagal sebab hanya buat satu jenis content sahaja. Kalau nak grow, build trust, dan convert — kena ada ketiga-tiga ni 👇
1️⃣ Growth Content (viral, trend, skit)→ bina awareness & reach.
2️⃣ Personal Content (behind-the-scene) → bina connection & trust.
3️⃣ Sales Content (problem and solution) → tukar follower jadi paying customer.
💬 Tip cepat: Setiap minggu, rancang sekurang-kurangnya satu post dari setiap kategori. It’s not about posting more — it’s about posting with purpose.
2. Cara Saya Diagnose FB Ads Bottleneck Dalam 10 Saat
Bila iklan tak perform, ini checklist saya:
Hook rate <30% → Hook boring. Tukar 3 saat pertama.
Hold rate <10% → Orang drop off. Copy panjang sangat. Tambah B-roll setiap 1–3 saat.
CTR <1% → Salah target desire / audience belum cukup matang.
CVR <2% → Landing page tak selari dengan janji dalam iklan.
AOV <RM80 → Tiada upsell, cross-sell, atau bundle.
📈 Fix ikut urutan ni — ROAS akan makin improve.
3. Jangan Tengok Demografik Semata-Mata
Kebanyakan marketers berhenti dekat demographics:
“Wanita 25–40 tahun, duduk bandar, ada disposable income.”
Itu bukan strategi kreatif — itu cuma persona.
Kalau nak turunkan CAC, kena faham lebih dalam:
Demographics → siapa mereka
Psychographics → apa yang mereka percaya & motivasi mereka
Lifestyle → bila & di mana produk kita muncul dalam hidup mereka
🎯 Contoh: Loop Earplugs tak buat iklan basic macam “earplug terbaik.” Mereka pecahkan audience ikut konteks seperti:
👩👧 Parents yang nak suasana tenang
🧠 Komuniti ADHD yang nak fokus
💼 Office workers nak kurangkan gangguan
✈️ Travelers nak tidur dalam flight

2 IDEA MARKETING
1. Influenza Awareness Campaign
Sekarang ni tengah musim influenza — ramai yang jatuh sakit, especially bila cuaca tak menentu sekarang ini.
Bagi sesiapa dalam industri kesihatan (klinik, farmasi, wellness brand), ini masa terbaik untuk buat awareness + promo campaign. Beberapa idea mudah boleh try:
Edu-content: post atau video “Tanda-tanda influenza vs demam biasa.”
CTA lembut: “Kalau belum ambil vaksin, boleh walk-in terus ke cawangan kami.”
Gunakan pendekatan community tone — tunjuk empati dan galakkan pencegahan, bukan panik.
🎁 Bonus: Boleh juga tambah bundle promo seperti “Vaksin + Vitamin C” atau “Family Immunity Pack” — bagi insentif untuk pendaftaran serentak.
2. Deepavali Season: Gifting & Gratitude Campaign
Deepavali bakal tiba pada 20 Oktober 2025 🪔 Untuk brand, ini masa terbaik untuk buat kempen bertema gratitude, connection & gifting.
Beberapa idea yang boleh anda adapt:
Untuk F&B atau retail: buat “Festival of Light Deals” — highlight produk limited edition atau special packaging.
Untuk brand service-based (coaching, wellness, productivity): buat “Reflect & Recharge” offer — mini promo untuk pelanggan existing.
Gunakan tema visual yang warm & festive — warna deep purple, gold, maroon.
BONUS:
Kalau anda bukan dalam dua industri ni, boleh gunakan seasonal hook. Cuba kaitkan dengan energy of renewal sebelum masuk 2026 — “new quarter, new focus.” Contoh:
“Macam mana nak bina semula momentum selepas Q3 yang perlahan.”
“Mini audit untuk brand anda sebelum masuk tahun baru.”
1 SOALAN UNTUK REFLEKSI
Apa satu tabiat kecil yang bantu korang bina semula momentum lepas hilang fokus atau ambil rehat panjang?
Terima kasih baca sampai habis! Kalau newsletter ni membantu, boleh share dengan kawan-kawan marketer. Sharing is caring kan! 😉
Jumpa di edisi seterusnya,
— Arinah “I’m back” Zainordin
Solopreneur & Performance Marketer | Kuala Lumpur