🪜 Apakah itu Value Ladder? Part 2

3-2-1: The Marketer's Playbook

Assalamualaikum & Hai semua 👋 - Arinah disini.

Minta maaf sebab tak sempat hantar emel perkongsian pada bulan November lepas. Saya baru sahaja pulang dari percutian yang panjang bersama keluarga. InsyaAllah saya akan hantar emel penutup tahun 2023 pada hujung bulan Disember ini.

Jika anda baru di sini, salam perkenalan dan selamat datang!

Dalam setiap emel bulanan ini, saya akan kongsikan:

  • 3 Tips Marketing/Branding

  • 2 Contoh Iklan/Kempen Menarik

  • 1 Perkongsian Buku/Tool yang Best

Semoga semua perkongsian dalam ini serba sedikit dapat membantu kita semua dalam bisnes, kerja freelance & karier marketing masing-masing.

Sebelum kita masuk Part 2, boleh baca recap Apakah itu Value Ladder? Part 1

Let’s do this!

3 TIPS MARKETING

1. 5 Langkah Nak Buat Value Ladder yang Menarik

  • Langkah 1: Kenal pasti Targat Market. Kalau tak pasti nak buat macamana, boleh rujuk video How To Identify Target Market ini.

  • Langkah 2: Outline offer yang bersesuaian dengan target market kita. Fokus untuk bagi solusi. Sebagai contoh: Free consultation 15 minit, ebook percuma, premium emel newsletter atau premium webinar/kursus

  • Langkah 3: Pilih nak mula di tangga mana. Jika bisnes anda sudah ada offer bait/front-end, boleh terus design offer untuk tarik middle dan backend ladder. Jika anda baru nak start buat bisnes, saya sarankan untuk mula dengan bait/front-end terlebih dahulu.

  • Langkah 4: Bina Sales Funnel. Pastikan ia hanya memerlukan 2-steps sahaja. Antara software yang popular untuk bina sales funnel di Malaysia adalah Onpay atau Shoppegram.

  • Langkah 5: Scale. Fokus untuk bina 1 offer dalam 1 masa - letak target yang bersesuaian dan improve dari situ. Jangan buat 2-3 offer dalam masa 1 masa, ini menyebabkan target market kita boleh keliru. Keliru = tak nak beli/bayar = no revenue.

2. Nak belajar lagi tentang Value Ladder?

3. Paling penting, action!

  • Saya dah kongsikan tentang kepentingan Value Ladder, bagaimana Value Ladder ini boleh bantuk bisnes kita dan juga langkah-langkah bagaimana nak buat Value Ladder, sekarang ini - it’s your turn.

2 CONTOH KEMPEN/IKLAN

1. Personal Voice on iPhone | Apple

p/s: Buka subtitles sekali dan sediakan tisu sekali. Trust me.

2. IKEA Towels 😂 

1 MARKETING GEMS

📲 Tool //  Watto AI - An AI writing assistant that helps you create high-quality documents in minutes.

Saya harap anda suka perkongsian kali ini.

3 ways I can help you, whenever you are ready:

  1. Reach out to me for a 45-minute 1:1 session on marketing strategy, audience building, or social media marketing.

  2. To sponsor the newsletter, reply to this email for details.

  3. If you have any suggestions or questions, please reply to this email and let me know!

Semoga bermanfaat dan jumpa di emel seterusnya.

Arinah "nak masuk 2024 mode” Z