😬 Kenapa Saya Memilih Untuk Tak Buat Kelas Meta Ads

Selepas 12+ tahun dalam marketing, ini pilihan yang saya buat.

by Arinah Zainordin
Performance Marketing Specialist & Solopreneur

Read time: <3 minutes

Assalamualaikum & hai semua, Arinah di sini 👋

Rasa macam lama pula bulan Januari ni kan? 😅

Lately ni, saya banyak menerima pertanyaan seperti ini:

“Arinah, tak nak buat kelas Meta Ads ke?”
“Tak nak buat webinar strategy marketing ke?”
“Tak buka ke 1:1 personal coaching untuk marketing?”

Secara jujurnya… saya nak minta maaf dulu.
Kenapa? Kena baca sampai habis 🙏

I have this love-hate relationship dengan marketing.

Saya suka belajar tentang psychology manusia.
FYI, saya hampir nak ambil jurusan ni masa nak masuk universiti tapi saya bukan pelajar aliran sains masa sekolah menengah dan kurang minat dengan subjek sains masa tu.

Saya suka belajar tentang design dan branding.
Selalu ada curiosity kenapa orang sanggup beratur panjang-panjang dan bayar mahal-mahal untuk satu produk yang boleh dapat murah dekat tempat lain.

Saya suka memberi influence dan impak yang positif kepada orang melalui content dan juga ads.

Tapi setelah hampir 12+ tahun bekerja dalam marketing, saya mula sedar satu benda:

Saya tak nak jadikan marketing sebagai identiti.

Marketing bagi saya sekarang ialah alat.
Alat untuk bantu orang buat keputusan yang lebih baik.
Alat untuk jelaskan mesej — bukan manipulasi emosi.

Dan sebab tu juga saya tak buat semua benda.

Saya boleh ajar Meta Ads.
Saya boleh ajar strategy marketing.
Saya boleh buka 1:1 coaching.

Secara jujurnya, banyak kali saya tempted untuk fokus pada marketing sahaja. Bila saya baca buku-buku self-help pun cakap benda yang sama;

Fokus + consistency result

Senang cerita, yes — marketing pays the bills.

Tapi soul dan passion saya sekarang lebih tertarik untuk ajar cara urus kehidupan digital. It gives me a purpose.

Sebab tanpa fokus, tanpa sistem, tanpa clarity… semua ilmu marketing tu akhirnya akan rasa berat dan memenatkan.

Jadi saya minta maaf kalau newsletter bulan ini rasa berbeza sedikit.

Jangan risau, direction newsletter ini masih sama — saya akan kongsikan tip, contoh kempen dan resources marketing untuk edisi seterusnya.

Banyak benda saya nak share. Antaranya projek Raya yang saya baru start 20 Jan baru-baru ini. Tak sampai dalam 10 hari, terus dapat sales macam ni. Terkejut saya 😅

Hasil Dari Jual Baju Kurta Raya Untuk Lelaki

Jangan risau, saya bukan nak ajak untuk join Projek Raya ni ke apa 😅 

Reason kenapa saya join projek ini pun untuk ehem…kumpul duit untuk travel ke Japan dan tengok F1 lepas Raya nanti 🫣

Anyway, promosi webinar Transform Your Digital Life akan tamat pada 31 Jan ini.

Bagi yang tertanya-tanya, macamana saya ada masa untuk handle pelbagai projek pada satu masa - jawapannya adalah sebab saya ada “second brain.”

Dalam webinar tu saya ada ajar step-by-step macamana nak setup ‘second brain’ kita.

— Arinah ‘let’s transform together’ Zainordin