๐Ÿ”ฌ 3-2-1: Saya analisa 100+ ads dan ini 3 benda yang saya belajar

Supaya boleh jimatkan masa korang

by Arinah Zainordin,
Co-Owner IMAN, Performance Marketing Specialist, Content Creator

Salam wbt & Hi. Arinah disini.

Kita dah masuk 50% bulan Ogos. Harapnya sihat dan masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Tiber ambil semangat Olimpik ๐Ÿธ

Sudah 2 minggu juga saya bekerja sendiri sebagai Founder Digital Marketing Agency dan Performance Marketing Specialist.

Masih lagi dalam fasa adjustment - managing ads account untuk 4 klien, pada masa yang sama kena post content setiap hari dekat platform sendiri dan juga buat research untuk newsletter ini.

Oh lagi satu, saya plan nak buat Webinar Tiktok Ads atas request klien & beberapa kenalan saya. Slot limited untuk 15 orang sahaja. Details ada kat bawah.

Alhamdulillah, so far so good walaupun sedikit overwhelmed. Mohon doakan ๐Ÿ˜‡

Untuk recap emel playbook sebelum ini:

Read time: 5 minutes. Letโ€™s go!

3 MARKETING TIPS

Setiap hari saya habiskan masa kaji hampir 100+ ads dari high-growth brands di Atria dan juga baca 2-3 newsletter seminggu tentang strategi kreatif ads. Ini 3 benda yang saya belajar:

  1. Ships ads cepat dan banyak sekaligus.

  • Kebanyakan DTC brands run 50+ ads yang aktif dan brand yang lebih besar lagi run 100+ ads pada satu masa. Seperti contoh, brand Blinkist publish 65 ads baru pada minggu lepas ๐Ÿ˜ฑ

  • Mesti ada yang terfikir, โ€œNak buat 5 iklan pun nak pengsan.โ€ Ya betul. Sebab nak dapat high-quality ads memang susah. Salah satu caranya adalah buat 3-5 static ads dengan messaging berbeza.

  • Manfaatkan tools seperti Canva atau Creative OS - aim untuk kuantiti dan biar customer yang tentukan kualiti.

  1. Jangan takut dengan ads yang โ€œboringโ€

  • Sebagai seorang marketer - musuh kita bukanlah budget ke, algorithm ke, tapi adalah diri kita sendiri. Mesti ada yang familiar dengan kata-kata โ€œPerfection is the enemyโ€ kan?

  • Sebab jangka hayat ads ni sekejap sangat. Saya sangat bersyukur kalau ada ads yang boleh bertahan selama sebulan. Tu kira rezeki.

  • Jadi fokus pada kualiti mesej dan headline daripada nak buat poster yang cantik dan oustanding.

  1. Kolaborasi untuk brand awareness

  • Kebanyakan brand yang pergi jauh - mereka berani untuk kolaborasi samaada dengan brand lain, influencers atau affiliates.

  • Reach out kepada mereka yang sesuai dengan produk kita atau sama value dengan brand kita. Ingat: Followers yang ramai tak semestinya audiencenya berkualiti.

  • Ini format/contoh yang boleh ikut kalau nak approach affiliates atau content creators di Tiktok untuk kolaborasi.

p/s: Berminat tak nak belajar macam mana nak guna video affiliates sebagai Tiktok Ads? Sempena soft launch Marketing Webinar Series - saya akan mengadakan webinar Tiktok Ads for Beginner pada 29 Ogos 2024 ini.

Limit 15 orang sahaja sebab nak test module dan kumpul testimonial. Kalau berminat, boleh register di sini.

2 CONTOH KEMPEN/IKLAN

  1. Paired - The #1 Relationship App

Ad principle: Guna POV yang berbeza/unik. Selalu kita akan nampak POV si isteri atau si suami, tapi iklan ni guna POV si kucing. Alahai, siapa tak terhibur bila tengok iklan ni kan ๐Ÿ˜‚ 

2. Vilvah store - Beauty Products

Ad principle: UI/UX Familiarity. Kenapa saya suka iklan ini adalah dia nampak simple dan authentic - macam tengok IG Story kawan kita.

1 MARKETING GEMS

๐Ÿ“ฒ Tool // mymind โ€” Pengganti Notion sebagai second brain saya. Semua benda dia boleh save; gambar, tweet, screenshot, artikel, notes. Dah la percuma.

๐Ÿ“บ Video // Produktiviti bukanlah bilangan jam kita bekerja setiap hari, tapi value yang kita dapat dari masa yang kita invest - ketahui 4 cara untuk jadi produktif.

๐Ÿ“šBook // Baca Hidden Genius macam baca the best tidbits from a hundred different self-help/business books. Sangat mudah nak hadam sebab penuh dengan anekdot dan interviews dari pelbagai tokoh-tokoh yang berjaya.

Sampai sini sahaja. Jumpa nanti di emel seterusnya.

3 ways I can help you, whenever you are ready:

  1. Nak improve 1% in your habits and focus? โ†’ Follow saya di Tiktok untuk tips productiviti dan second brain.

  2. No budget to hire a marketing agency? Iโ€™ll help set up a marketing funnel for you โ†’ Reach out to me for a 30-minute 1:1 session

  3. Not sure? โ†’ Access all my marketing resources here.

Arinah โ€œmisi mencari Hidden Genius sendiriโ€ Zainordin